Perhatian : Sumber Kepada Para Graphics Freelancers & Usahawan Internet ...

"Ketahui Kaedah & Teknik Membina Sendiri  Mini Site Anda, 100% - Hanya Beberapa Minit Sahaja... Dengan Adobe Photoshop!"

Pendedahan Video Bagaimana Newbie Boleh Menjadi Seorang Designer Profesional Kurang Dari 48 Jam & Ketahui Cara
 Untuk Membina Sendiri Mini Site &  Cover Anda!

 

 

Dari : Ahmad Syaifuddeen Mohamad aka Abooain
Tarikh Hari ini :

Para Usahawan Internet,

Terdapat segelintir dari mereka yang ingin menceburi dunia Perniagaan Online tetapi terhalang disebabkan tidak pandai membina sendiri website. Sesetengahnya memang ingin belajar dan mengetahui bagaimana cara untuk membina sendiri Mini Site Profesional menggunakan pelbagai perisian terutama perisian canggih seperti Adobe Photoshop yang terkenal dengan keunikannya. Namun kecanggihan Photoshop ini mungkin mencapai tahap 'rumit' yang menyukarkan sesetengah Newbie untuk menyelongkar sendiri keunikan Adobe Photoshop tersebut.

Namun sekarang anda tidak perlu bimbang lagi kerana anda mampu mengetahui rahsia menggunakan Adobe Photoshop tersebut untuk membina sendiri Minisite malah hanya beberapa minit sahaja sahaja... sekalipun anda tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang grafik atau anda seorang yang gagal dalam peperiksaan di kelas seni grafik anda?

Sudah tentu anda tidak mahu membelanjakan wang anda sekitar RM150 - RM500 hanya untuk memiliki Mini Site dengan mengupah para designer di luar sana untuk satu template sahaja?

Atau anda memilih satu jalan yang lebih baik dan menjimatkan ... belajar ilmu kemahiran grafik yang boleh mendatangkan keuntungan kepada anda dan mulakan karier anda sebagai grafik designer bebas pula?

Saya tidak mahu berlebih-lebih di dalam menceritakan tentang hal kemahiran grafik tersebut kerana saya percaya anda tentu mengetahui bahawa menjadi seorang designer BUKAN satu kerja yang mudah. Ianya bergantung kepada penerimaan anda jika cepat maka ia hanya beberapa hari sahaja jika lambat penerimaan anda maka mungkin mengambil masa berminggu-minggu, - mungkin berbulan-bulan - untuk menguasai ilmu baru ini.


"Tidak Semua Orang Memiliki Masa Lapang."

Anda mungkin seorang Usahawan Internet yang memiliki baget yang terhad dan ingin melakukan semua kerja sendiri.

Atau anda seorang yang mencari-cari peluang untuk menjana pendapatan sampingan sebagai freelancer tetapi terhalang disebabkan anda tidak memiliki kemahiran yang sepatutnya.

Tetapi jika anda percaya bahawa kaedah visual merupakan salah satu teknik berkesan dan cepat untuk sesi pembelajaran segera. Kerana anda tidak memerlukan tempoh masa yang panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan hanya semata-mata ingin belajar satu kemahiran - atau menggunakan kaedah Trial & Error

(Anda tentu setuju bahawa kaedah meneka itu bukan satu teknik yang bijak?)


"Diumumkan Pakej Adobe Photoshop For Newbies...!"
Teknik Membina Mini Site Menggunakan Adobe Photoshop!

Jumlah Video : 8
Format Flash, Download Segera Selepas Pembelian

Lupakan kaedah-kaedah pembelajaran yang menyebabkan anda terpaksa berjaga malam hanya semata-mata untuk mempelajari satu kemahiran baru. Di dalam Video Tutorial - Langkah demi langkah ini, saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membina sendiri mini site anda dalam tempoh satu hari sahaja (paling tidak, 2 hari sahaja). Jika anda melakukan langkah demi langkah sebagaimana yang diajarkan dalam Video Tutorial ini maka tidak mustahil untuk anda memiliki Mini Site hasil tangan sendiri bagi keesokkan harinya.

Walaupun anda tidak pernah menggunakan Adobe Photoshop sebelumnya.

Dan walaupun anda seorang yang pernah gagal dalam peperiksaan Kelas seni grafik.

Di dalam pakej Video "Adobe Photoshop For Newbies" ini, anda akan mempelajari Bagaimana Cara Untuk Membina Mini Site Profesional Yang Simple Menggunakan Adobe Photoshop walaupun anda seorang yang tidak seni!

Ikuti langkah demi langkah pelajaran di dalam siri Video ini kaedah dan teknik untuk membina sendiri minisite anda - hasilnya, tentu rakan-rakan atau pelanggan anda akan bertanya : "Kamu upah siapa membuat minisite ini?!

Video#1: Fahami Beberapa Kelebihan Adobe Photoshop Yang Akan Kamu Guna
(9 minit 38 saat)

Adobe Photoshop boleh menjadi satu perisian yang unik dan kompleks kerana anda mampu untuk melakukan apa sahaja dengannya, namun di dalam siri video ini anda akan ditunjukkan seringkas mungkin yang boleh. Di dalam video ini anda akan ditunjukkan secara umum beberapa tool dan menggunakan beberapa kelebihan Adobe Photoshop. Banyak lagi rahsia dan kelebihan akan terbongkar jika anda menonton siri Video kami ini dan kami akan ajar anda untuk menggunakan segala perkakasan dan kelebihan yang terdapat di dalam Adobe Photoshop ini di dalam video seterusnya.

Video#2: Kepentingan Imej Bebas (Royalty Free) & Bagaimana Untuk Mencarinya
(7 minit & 39 saat)

Di dalam proses membina minisite, anda memerlukan kepada beberapa photo profesional untuk menjadikan reka-bentuk minisite anda lebih menarik dan profesional. Oleh itu di dalam siri Video ini anda akan mengetahui betapa pentingnya menggunakan imej Royalty Free dan bagaimana untuk mencarinya bagi kegunaan pembinaan minisite anda.

Video#3: Bagaimana Menggunakan Adobe Lasso & Crop Tool
(7 minit 35 saat)

Di antara tools yang terdapat di dalam Adobe Photoshop ialah fungsi Lasso and Crop Tools. Kedua-dua fungsi ini bertujuan untuk memindahkan sebarang objek di dalam imej atau photo ke dalam minisite anda. Anda tentu biasa melihat di kebanyakkan header minisite imej manusia dalam pelbagai bentuk dan gaya bukan? Ya, anda boleh mendapatkan imej tersebut menggunakan fungsi Lasso & Crop Tool dari sebarang photo ke header minisite anda. Jadi, di dalam video ini kami akan tunjukkan fungsi kedua-dua tool hebat tersebut.

Video#4: Bagaimana Menggunakan Layers Untuk Membina Grafik Lebih Mudah
(5 minit & 40 saat)

Layers merupakan salah satu fungsi yang terdapat di dalam Adobe Photoshop yang mampu menjadikan imej seperti hidup dan bermaya. Menggunakan Photoshop, anda mampu untuk menggabungkan beberapa gambar dan menjadikannya seakan-akan satu gambar. Dalam masa yang sama, Layers akan menjadikan kehidupan anda sebagai minisite designer lebih mudah dan menjimatkan masa anda. Anda akan ditunjukkan cara untuk menggunakan layers.

Video#5: Bagaimana Untuk Memahami Teknik Keseimbangan Di Dalam Reka-Bentuk Anda (Art of Balancing Your Designs)
(7 minit & 59 saat)

Ada ketika jika anda melihat sesuatu gambar akan terpacul dari mulut anda secara spontan "cantik gambar" jika gambar tersebut menarik perhatian anda dan "tak berapa cantik la" jika sekiranya tidak menarik hati anda. Maka di sinilah fungsi "keseimbangan / balancing" diperlukan bagi mengimbangi reba-bentuk pada header, ecover dan sebagainya. Terlebih penting ialah untuk menjadikan minisite anda agar lebih menarik pada pandangan pengunjung.

Video#6: Bagaimana Membina Header Minisite
(11 minit & 14 saat)

Siri video ini merupakan siri video paling menarik kerana pada video 1 - 5 anda hanya ditunjukkan tentang kelebihan beberapa fungsi di dalam Adobe Photoshop iaitu fungsi asas di dalam Photoshop sebelum ke video tutorial berbentuk teknikal. Di dalam siri video ini anda akan diajar teknik-teknik profesional untuk membina header minisite menggunakan beberapa fungsi yang telah kita sebutkan di dalam siri video sebelum ini.

Video#7: Bagaimana Untuk Membina e-Cover Bagi E-Book atau DVD
(9 minit & 47 saat)

Ok, sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini, anda akan ditunjukkan bagaimana cara untuk menggunakan header yang telah anda bina seperti yang diajar dalam siri video sebelum ini untuk membina ebook atau dvd ecover. Anda akan lihat header yang dibina itu boleh digunakan untuk tujuan pembinaan ecover pula.

Video#8: Bagaimana Ingin Membina Latar Minisite Anda & Footer
(6 minit & 41 saat)

Akhir sekali, anda akan ditunjukkan 'sentuhan terakhir' di dalam proses pembinaan minisite ini. Sentuhan terakhir itu ialah latar belakang minisite (background) dan footer. Kedua-dua perkara ini amat mudah untuk dibina kerana tekniknya adalah sama seperti mana yang diajar dalam siri video 6 & 7. Anda hanya tiru je teknik tersebut.



"Anda Pasti Berpuas-Hati Dengan Hasil Yang Dibina Sendiri Oleh Tangan Anda Setelah Mempelajari Tekik Pembinaannya Melalui Video Tutorial Kami ini!"

Sekarang Cuba Bayangkan :

Betapa jimatnya wang anda kerana tidak perlu lagi mengupah designer grafik yang mungkin menelan ratusan RM hanya untuk membina minisite anda sahaja,

Betapa banyak wang yang akan diperolehi hasil dari upah yang dikenakan oleh anda kepada orang lain - jika anda mendapat 10 pelanggan sebulan dan setiap satu anda kenakan RM150 (asas) bagi setiap minisite maka sudah tentu jumlahnya ialah RM1500!! Sebulan tu! Hanya dengan membina minisite untuk mereka!

Tidak perlu ke kolej untuk mempelajari ilmu yang sudah tentu bernilai ribuan RM ini (tak percaya boleh tanyakan mana-mana kolej tempatan) anda mampu menjadi seorang grafik designer pro hanya dalam masa beberapa minggu sahaja...

Anda mampu mempelajarinya hanya dengan RM27 RM17.00!

Saya yakin dan percaya anda mampu untuk membina sendiri minisite anda sendiri setelah anda menonton dan mempraktikkan segala yang diajar dalam Video Tutorial.

"Video Tutorial Adobe Photoshop For Newbies Ini Memerlukan Kepada Praktikal!"

Anda memerlukan kepada praktikal untuk mendapatkan hasil yang memuaskan bukan sekadar pengetahuan sekadar teori sahaja. Kemahiran tertakluk kepada pemahaman dan penerimaan anda jika sekiranya penerimaan dan pemahanan anda cepat maka dalam tempoh kurang 2 hari anda mampu untuk membina sendiri website anda.

Anda juga memerlukan kepada perisian Adobe Photoshop versi 6.0 ke atas di dalam computer anda.

Ramai Newbie yang dapat membina minisite pertama mereka kurang dari 48 jam (tetapi tertakluk kepada tahap pemahaman mereka). Jadi anda gunakan masa yang secukupnya untuk mempelajarinya jangan hanya sekadar menonton seperti menonton filem dan selepas habis video ditinggalkan begitu sahaja.

Yang Penting Ialah Usaha Anda!!!

Oleh itu anda boleh dapatkan Video Tutorial ini pada bila-bila masa sahaja dari sekarang dengan harga yang sungguh menarik ini. Dapatkan ketika harga masih murah dan saya tidak menjaminkan harga tersebut kekal selama-lamanya begitu.

Laburkan sedikit wang untuk memiliki video ini kerana anda mampu menjimatkan wang anda sehingga ratusan RM dan anda mampu untuk menjana wang hasil dari kemahiran yang anda perolehi tersebut sehingga ribuan RM sebulan!

Adobe Photoshop For Newbies
Video Tutorials

Klik Di Sini Untuk Mendapatkannya Sekarang RM27 RM17.00

Ikhlas,

P.S. Akhirnya anda akan peluang untuk mempelajari cara untuk membina sendiri mini site anda - sudah tentu anda bebas untuk membinanya sebanyak mana yang anda suka kerana kemahiran sudah berada di depan mata anda. Jimatkan kos anda dari mengupah designer yang mahal... atau anda sendiri jadi grafik designer profesional sekarang!

 

PERHATIAN : Anda memerlukan kepada Adobe Flash Player untuk menonton semua video tersebut. Jika anda tidak memilikinya lagi maka sila dapatkan plug-in tersebut dari website rasmi Adobe secara PERCUMA. Link juga akan kami berikan pada ruangan download.